Lawatan pertukaran maklumat ini telah diadakan dengan jayanya pada 28 Jun 2012 (Khamis) di bilik Alat Pandang Dengar (APD) oleh kerjasama dari pihak MPPPU Gapor dengan barisan pengawas SMK DPHA Gapor serta guru-guru tingkatan 6 yang terlibat.
Pertemuan di antara kedua-dua pihak sekolah ini telah memberi pelbagai maklumat yang perlu diketahui oleh mereka yang hadir dan terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah persembahan slaid dan tayangan video yang menayangkan serba sedikit maklumat tentang pelajar tingkatan 6 SMK DPHA Gapor dan SMK Belara, melawat ke galeri seni SMK DPHA Gapor, merarau di Bilik APD dan sesi fotografi secara kumpulan.
Terima kasih juga kepada pihak katering yang telah menyediakan lauk-pauk yang menyelerakan deria rasa kami pada waktu itu. Antara hidangan yang telah disediakan ialah umai, pansuh manok, ikan masin dan juga upak kari. Semuanya merupakan makanan yang terdapat di negeri Sarawak dan jarang kita temukan di Semenanjung Malaysia.
Kepada pihak SMK Belara, semoga kita dapat berjumpa lagi di hari yang akan datang dan sekalung terima kasih atas kunjungan kalian ke sekolah kami, SMK DPHA Gapor :)
Berikut merupakan sedikit tatapan untuk kalian semasa lawatan diadakan. ^^
Ketibaan rombongan dari SMK Belara Terengganu
MC kita pada lawatan tersebut, Saudari Julia Ann
Pihak-pihak yang hadir dalam lawatan tersebut
Pembacaan doa, Saudara Wan Nor Farhan
Ucapan aluan daripada Saudara Paul Chen
Warga Gapor :)
Ucapan daripada YDP MPPPU Gapor, Saudara Celestine
Ucapan daripada pihak SMK Belara